MURID
o Memastikan semua murid-murid mempunyai kesedaran dan boleh mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
o Memastikan semua murid diasuh dan dididik dengan akhlak terpuji dan jatidiri yang tinggi.
GURU DAN KAKITANGAN
o Mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak masyarakat dan negara dengan bantuan media pendidikan terkini.
o Mempertingkatkan semangat kerja berpasukan serta penghayatan Konsep dan Falsafah Budaya Kerja Cemerlang.
o Melahirkan guru-guru agama yang berkualiti dan mempunyai kesempurnaan yang kuat sebagai contoh tauladan kepada kakitangan SKJJ dan masyarakat.
IBUBAPA / PENJAGA
o Memastikan ibu bapa sentiasa memantau segala pergerakan dan pelakuan anak-anak mereka serta memberi bimbingan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.
o Sentiasa bersedia menerima pandangan dan teguran membina daripada ibubapa/penjaga bagi meningkatkan prestasi pengurusan surau dan latihan amali solat.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN / JPN / PPD
o Sentiasa bersedia mematuhi dan melaksanakan segala arahan dan pekeliling yang diterima.
o Sentiasa cepat dan tepat menyediakan serta menghantar laporan atau maklumat yang diperlukan oleh jabatan atau kementerian.
assalamualaikum ustazah...ana mohon share ya...sebagai rujukan untuk penambahbaikan di sekolah ana.terima kasih.
BalasPadam