Rabu, 24 Mac 2010

GAMBAR SEKITAR SURAU


  


 





BILIK WUDUK LELAKI ...







PANDANGAN DARI LUAR SURAU ALFALAH









SEBAHAGIAN DARIPADA AKTIVITI DI DALAM SURAU .. MURID SEDANG TASMIK BACAAN DENGAN GURU.

TAQWIM SURAU


Bulan 
 Perancangan Aktiviti  

Januari

§  Mesyuarat Jawatankuasa Surau     
§  Perlantikan AJK
§  Keceriaan Surau

Februari
§  Perlancaran Surau
§  Penambahbaikan ABM surau



Mac

-  Mesyuarat Jawatankuasa Surau SKJJ
- Pengagihan tugas
- Kecerian Surau
- Pertandingan bacaan dalam  solat
- Pertandingan “ Johan Jawi”
- Pertandingan laungan azan dan Iqamah
- Sempena Sambutan Maulidur Rasul
        Tahap 1: Hafazan 5 surah lazim
        Tahap 2: Pertandingan Selawat SAW


April

§  Pertandingan “Johan Jawi”
§  Pertandingan “Azan”
§  Pertandingan “Iqamah”

Mei

§  Pertandingan “Johan Jawi”
§  Pertandingan ” laungan Azan”
§  Pertandingan “Iqamah”
§  Kem Smart Solat

Jun

§  Pertandingan “Johan Jawi”
§  Pertandingan ” laungan Azan”
§  Pertandingan “Iqamah”


Julai

§  Pertandingan “Joham Jawi”
§  Pertandingan “laungan Azan”
§  Pertandingan “Iqamah”
§  Mesyuarat Jawatankuasa Surau

Ogos

§  Pertandingan “Johan Jawi” 
§  Pertandingan “Laungan Azan”
§  Pertandingan “Iqamah”
§  Kem Smart Solat
§  Khatam Iqra’ (tahun 1)
§  Khatam Quran (tahun 1-5)

September

§  Pertandingan “Johan Jawi”
§  Pertandingan “Laungan Azan”  
§  Pertandingan “Iqamah”
§  Mesyuarat Jawatankuasa Surau
§  Khatam Iqra’ (tahun 1)
§  Khatam Quran (tahun 1-6)

Oktober

§  Pertandingan “Johan Jawi”
§  Pertandingan “Laungan Azan”
§  Pertandingan “Iqamah”
§  Solat Hajat (Perdana) tahun enam

November
§  Mesyuarat Jawatankuasa surau 
§  Gotong Royong         

PERATURAN SURAU



1.    Sebelum memasuki ke dalam surau, kasut hendaklah ditanggal dan disusun dengan kemas.

2.    Murid tidak dibenarkan masuk ke surau tanpa urusan yang tidak munasabah.

3.    Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang bentuk makanan atau minuman ke dalam surau.

4.    Setiap kali masuk dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran, atau mencari bahan rujukan, atau lawatan, atau dengan sebarang tujuan ke surau guru perlu merekodkan dalam buku penggunaan atau buku pelawat.

5.    Selepas menggunakan segala alatan disurau, alatan tersebut perlu disimpan kembali dengan kemas. Semua kemudahan yang berada dalam surau adalah tanggungjawab bersama.

6.    Murid tidak dibenarkan membawa keluar bahan bantu mengajar/al Quran tanpa keizinan daripada guru
7.    Setiap kali menggunakan surau hendaklah sentiasa bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan surau.

8.    Murid hendaklah sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku ketika berada di dalam surau dan mematuhi semua arahan guru, serta peraturan bilik.

PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya, kami guru-guru agama SKJJ dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

*      MURID
o   Memastikan semua murid-murid mempunyai kesedaran dan boleh mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
o   Memastikan semua murid diasuh dan dididik dengan akhlak terpuji dan jatidiri yang tinggi.

*      GURU DAN KAKITANGAN
o   Mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak masyarakat dan negara dengan bantuan media pendidikan terkini.
o   Mempertingkatkan semangat kerja berpasukan serta penghayatan Konsep dan Falsafah Budaya Kerja Cemerlang.
o   Melahirkan guru-guru agama yang berkualiti dan mempunyai kesempurnaan yang kuat sebagai contoh tauladan kepada kakitangan SKJJ dan masyarakat.

*      IBUBAPA / PENJAGA
o   Memastikan ibu bapa sentiasa memantau segala pergerakan dan pelakuan anak-anak mereka serta memberi bimbingan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.
o   Sentiasa bersedia menerima pandangan dan teguran membina daripada ibubapa/penjaga bagi meningkatkan prestasi pengurusan surau dan latihan amali solat.

*      KEMENTERIAN PENDIDIKAN / JPN / PPD
o   Sentiasa bersedia mematuhi dan melaksanakan segala arahan dan pekeliling yang diterima.
o   Sentiasa cepat dan tepat menyediakan serta menghantar laporan atau maklumat yang diperlukan oleh jabatan atau kementerian.

OBJEKTIF SURAU

(i) Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.

(ii) Meningkatkan kemahiran amali solat untuk membolehkan pelajar beribadah dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.

(iii) Meningkatkan dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan guru Pendidikan Islam dan pelajar untuk membantu keberkesanan Pendidikan Islam.

(iv) Meningkatkan hubungan dan kerjasama guru-guru Pendidikan Islam, guru-guru lain, masyarakat, jabatan dan agensi-agensi luar secara permuafakatan.

(v) Melahirkan pelajar yang berhemah dan berdedikasi dari segi kerohanian dan keagamaan.

VISI DAN MISI


VISI
Melaksanakan aktiviti keagamaan seiring dengan pencapaian akedemik pelajar serta menjadi penyuluh kekuatan rohani serta dapat melahirkan murid yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan berpersonaliti unggul.

MISI
Membentuk sahsiah dan jati diri yang kuat dan menjadi pendinding atau benteng kerohanian dikalangan pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu kesempurnaan dari segi jasmani dan rohani.
 


Rabu, 3 Februari 2010

PENDAHULUAN

Surau SKJJ mula ditubuhkan sekitar tahun 2002 apabila bangunan sekolah siap sepenuhnya dan boleh  digunakan. Secara tidak langsung, surau SKJJ juga dapat digunakan oleh semua warga SKJJ.